Sunday 19 June 2011

Day 1 - Without Mama



Pagi-pagi lisa breakfast dengan atuk and tok wan. Breakfast makan nasi + sambal tumis ikan bilis + ayam goreng + ikan goreng. Selalunya mama yang beli breakfast tapi mama tak ada makan je la apa yang ada. Untuk lunch atuk nak masak kari udang and sotong masak apa entah. Dekat rumah tak ada santan and kentang .


So, lisa naik fixie biru adik lisa untuk beli barang-barang dapur dekat damai niaga.




Lisa ajak kawan lisa sebab lisa ni tak biasa pergi kedai sorang-sorang. Nama dia Anis Suraya. Dia yang edit  blog lisa. Cantik kan? lisa ni buta IT sikit. Sampai je kedai tu lisa beli roti, roti chocolate, santan, nescafe, telur, dan kentang. Memang penat gila la. Sampai je rumah lisa terus mandi sebab berpeluh. Lepas mandi lisa terus tidur.


Nak tahu tak, masa nak balik tu lisa terlangar kereta proton saga warna putih. Nasib baik tak ada siapa dekat dalam kereta tu. Lisa rasa tak ada orang nampak kot. Ni semua basikal tu punya pasal. Susah betul nak bawak basikal tu. Sakit badan lisa bawak basikal tu. Terus lisa tak jadi nak beli basikal fixie. Nasib tak calar kereta tu, lagipun kereta tu nampak macam terbiar je. Nak tahu sebab apa lisa terlanggar kereta tu. Masa lisa bawak basikal tu lisa pandang bawah sebab  lisa takut barang-barang dalam plastik tu terkena tayar basikal. Adik lisa tak tahu pun pasal ni. Kalau dia tahu ni mesti dia naik angin. 


Petang pulak pergi kedai dekat Bandar Tun Hussein Onn. Beli ikan, timun, sayur, perencah kari dan lain-lain. Kali ni adik bawak kereta. Nasib baik tak kena tahan dengan polis. Atuk tak boleh bawak kereta sebab tak pernah bawak kereta. Tok wan pulak susah nak nampak sebab urat tumbuh dekat mata, kalau tak sila lisa lah. Sebenar ceruta dia panjang lagi lisa dah malas nak taip.

P.S : I wonder whats gonna happen tomorrow?



1 comment: